Wednesday, May 13, 2009

MARI KITA UCAPKAN SELAMAT HARI JADI KEPADA SAHABAT KITA ...!!!


Rupa-rupanya semalam hari jadi Rohaizad Abd Rahim...!!! Semoga sihat hendaknya....!!!


Nampaknya sdr kita ni masih solo...???

Monday, May 11, 2009


Bertugas Hidup Berjasa, Kelas 5B3

Duduk di barisan depan dari kiri - Jenon, Steve, Mrs. Menon, Wong, Norizan

Duduk di barisan kedua dari kiri - Roslina, Zainizah, Zalina, Halimaton, Norazian, Roshida, Latifah, Susanah, S.Normalis, Johanah, Rosliya

Berdiri di barisan ketiga dari kiri - Hishamuddin, Rohaizad, Mei, Salbiah, ?, Badariah, ?, Norlily,
Mahfiah

Berdiri di barisan keempat dari kiri - Kamal Zairudin, Jumayob, Rosli, Ang Chee Yang, Suffian,

Bobby Cheah Hee Chong, Phua Chai Ghee, Raja Azam, Jengget, Razif, Ishak, Onn

MAT SETIA YANG SETIA......!!!!

Masa bertemu 3 sekawan minggu lepas, sempat juga kami berhubung dengan 'schoolmate' TIKL iaitu Mat Setia (class Mekanikal).

Sdr Mat Setia sekarang memegang jawatan tinggi di Jabatan Tenaga Rakyat di Putrajaya. Dan aku tak akan lupa sdr kita ini kerana dah berkenalan sejak dari Tingkatan Satu iaitu di Sekolah Jalan Cheras (Sek. Cap Kunci) hinggalah ke TIKL. Lepas itu jumpa di Shinjuku, Tokyo tahun 1984.

Saturday, May 9, 2009

Email dari MALIS...!!!

Disini saya paparkan email S. Normalis yang sekarang bertugas di PKNS, Petaling Jaya. Dulu saya tanya kat dia waktu zaman sekolah .... 'S' tu apa..? "SUPERMAN' ke....?

Salam. Kalau u nak tau dalam gambar kelas kita 2nd row dari kanan Rosliya (kat poly sama I), Johanah Suli (tak tau kat mana tp dia sedara dengan khairul anwar 5B1), yg ni I (Malis) la (kan I tom boy dulu macam budak lelaki) sebelah I Susanah (tinggal kat rawang- tak pernah jumpa cuma tau ayah dia tinggal di TBR, sama dgan parent Hisham, rumah my parent pun kat situ cuma skarang tinggal kat Shah Alam, jarang balik sana. then Latifah (yg Itau dia kahwin dengan abg shah senior kita, dia keje kat AVON, lama dah tak jumpa), Roshida (dulu kat UDACO) Norazian wan nordin (finaIis miss malaysia dulu .... pernah lunch date dgn dia n Jenon, lama dah) halimaton saadiah kot.. budak lurah bilut betong.rasanya dia masuk maktab.
Zalina yg pakai spek - budak rawang, Zainizah budak selayang..( Idpt tau dari Roslan effendi 5B2 zainizah further kat UiTM sekitar 2003. Roslan lecturer kat FSPU Shah Alam. i row belakang sebelah budak cina tu Salbiah budak hujung pematang, kuala selangor, sebelah tu Roslina kot budak kelang... yang lain tu.... ada nama badariah pakai tudung yg kurus kecik - budak Sabak Bernam. siapa lagi eak... tak perasan gambar. baru ni Phua Chai Gee ada call. Enon dah lama tak jumpa tg sesekali ada call...

regards,

malis

Thursday, May 7, 2009

GAMBAR NOSTALGIA 1980 - 5B3














Aku berdiri sebelah kanan sekali dan Jenon duduk sebelah kiri sekali.

Berdiri bahagian atas sebelah kiri : Kamal Zairudin Shah. Jumayob, Rosli, Hasni, ???, Suffian, ???, Phua, Raja Azam, Jengget, Razif, Ishak dan Onn.
Berdiri hadapan dari kiri: Hisyammudin, Rohaizad, ???, yang ini mintak jenon sambung...ye...!!!

SATU HARAPAN DAN SATU NOSTALGIA...!!!

Baru-baru ini Jenon telah berminat nak beli Laptop dan dari situlah bermulanya minat nak jumpa kekawan yang dah lama tak jumpa sekian lama. Rupa-rupanya Jenon ni macam dulu jugak. Kekawan 'brutal'nya masih berhubung satu sama lain iaitu Mahfiah dan Norazian.

Aku kekadang macam fobia jumpa mereka ini. Maklumlah saja zaman class 5B3 ini mereka ini sungguh dominan dalam class. Aku ni masa tu reti nak berkawan dengan perempuan. Oleh itu telatah mereka inilah yang menjadi penghibur class 5B3.
Petang itu juga kesempatan berhubung dengan kekawan lama dengan hphone masing-masing termasuk Jumayob (mata malaikat kata si Jenon), Mat Setia dan Raja Azam. Aku rasa sudah tentu mereka tersenyum lebar mendengar celoteh-celoteh wanita-wanita 'perkasa' yang tak kering gusi...he...he...!!




Sedang meneliti gambar-gambar masa muda-muda dulu...!!